Latihan
Tatabahasa: Memberi Maksud Peribahasa dan Membina Ayat
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
4. seperti pelanduk dua serupa
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
6. seperti ular kena palu
8. bagai mendapat durian runtuh
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
1. -di mana ada punca rezeki/ keramaian,
di situlah orang ramai berkumpul.
-Di tempat menjual loteri itu terlalu ramai
orang berkumpul bagaikan lalat mengharung najis.
2. -pembangunan yang tumbuh dengan pesat.
-Sejak Putrajaya dimajukan, kawasan
petempatan di Bangi semakin maju bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
3. -usaha gigih yang berterusan.
-Jika kita gigih berusaha, lama-kelamaan
kita akan menempa kejayaan kerana sehari sehelai benang, lama-lama menjadi
kain.
4. -mempunyai wajah yang serupa.
-Saya menegur orang itu kerana saya
menyangkanya Manprit Singh sedangkan dia hanya pelanduk dua serupa.
5. -mendidik anak biarlah sejak mereka
masih kecil.
-Ibu bapa perlu mendidik anak mereka sejak
dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. -barisan yang bengkang-bengkok.
-Guru disiplin itu menjerit kerana terlalu
marah apabila melihat barisan pelajar tersebut tidak lurus seperti ular kena
palu.
8. -mendapat keuntungan dengan banyak.
-Pada minggu lepas, Nazri mendapat durian
runtuh apabila peniaga itu menghadiahkan beliau sebuah kereta baru.
9. -dua orang yang rapat bergaul tetapi
mempunyai cita-cita yang berbeza.
-Walaupun Ah Keong dan Rajoo sangat rapat,
tetapi masing-masing mempunyai impian yang berbeza umpama tidur sebantal
tetapi mimpi lain-lain.
10. -mendengar sesuatu keuntungan yang
belum pasti, apa yang telah ada dibuang/ ditinggalkan.
-Apabila mendengar guruh di langit, air
tempayan dicurahkan kerana apabila mendengar berita yang belum jelas bahawa
dia akan mendapat pekerjaan baru itu, Ah Cun berhenti daripada kerja lamanya.