Latihan
Tatabahasa: Mengemukakan Peribahasa Berdasarkan Ayat yang Diberi
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.
Jawapan: Bagaikan
tikus membaiki labu (menjadikan sesuatu lebih teruk rosaknya)
2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu.
Jawapan: batu
loncatan (menggunakan seseorang untuk mencapai sesuatu maksud)
3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.
Jawapan: Bagai
itik pulang petang (balik dalam keadaan berbaris-baris)
4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan kakinya patah.
Jawapan: ikut
rasa binasa, ikut hati mati (melakukan perbuatan tanpa berfikir akan
menyebabkan kesan yang buruk)
5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.
Jawapan: Ikut
resmi padi, makin tunduk makin berisi (Orang bijak yang tidak suka
menunjuk-nunjuk)
6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya semakin sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.
Jawapan: seperti
kaduk naik junjung (semakin berlagak setelah mendapat kenaikan
pangkat)
7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.
Jawapan: Masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak / di mana bumi dipijak,
di situ langit dijunjung (mengikut adat resam di mana kita berada)
8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji yang telah diucapkannya kepada mereka.
Jawapan: Kerbau
dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. (manusia
dipercayai jika menunaikan janjinya)
9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras.
Jawapah: Jangan
ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung (berita kejayaan
yang tidak seberapa tetapi menjadi riuh di seluruh tempat)
10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang garang dan pandai bersilat itu.
Jawapan: Kecil-kecil
cili padi (walaupun berbadan kecil tetapi amat berani)