..

JAWAPAN - LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

JAWAPAN - LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF


1
D
31
A
2
A
32
A
3
B
33
C
4
D
34
A
5
C
35
C
6
A
36
B
7
A
37
C
8
C
38
C
9
A
39
A
10
D
40
B
11
D
41
B
12
D
42
D
13
B
43
A
14
C
44
A
15
C
45
B
16
B
46
A
17
B
47
B
18
A
48
A
19
C
49
C
20
B
50
B
21
D
51
A
22
A
52
C
23
D
53
B
24
B
54
A
25
B
55
B
26
C
56
B
27
B
57
B
28
A
58
B
29
D
59
C
30
D
60
B
61 C
62 A
63 C
64 D
65 B
66 A
67 B
68 C
69 A
70 A
71 B
72 B
73 D
74 B
75 C
76 A
77 A
78 C
79 C
80 B

.



LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF (4)

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF (4)

Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.


61   Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu.

A       jauh

B       cetek

C       dalam

D       dangkal

62   Orang __________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya.

A       kaya

B       papa

C       cerdik

D       peramah

63     Keropok ubi kayu itu menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.

A       kuat

B       tajam

C       lemau

D       garing

64     Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang diimport.

A       nipis

B       tebal

C       kesat

D       keras


65     Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku,kata Cikgu Siti Noridah.

A       bijak

B       malas

C       cerdik

D       pandai

66     Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu selesaikan.

A       asyik

B       tekun

C       sering

D       kurang

67     Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak sedap untuk dimakan.

A       hangit

B       tengik

C       busuk

D       basi

68     Ah Meng terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya mengalami masalah pendengaran.

A       kuat

B       kasar

C       tinggi

D       kesat

69   Akar seruntun memang terkenal dengan rasanya yang __________.

A       pahit

B       masin

C       masam

D       manis

70   Asap ________________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.

A        tebal

B        nipis

C        berkilat

D        berwarna


71     Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anak-anak yang bermain di situ.

A        pantai

B        curam

C        dalam

D        rendah

72   Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu___________.

A       mentah

B       lembik

C       hangit

D       tengik

73     Farisha __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi membeli-belah.

A       aneh

B       boros

C       buruk

D       bosan

74   Puan Maisarah menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya.

A       elok

B       lazat

C       hebat

D       basi

75     Walaupun harga barang-barang di kedai itu ________ namun pelanggannya tetap ramai.

A        murah

B        tinggi

C        mahal

D        rendah

76     Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan barang dapur.

A        sarat

B        sendat

C        sumbat

D        sendal


77   Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________ .

A        rangup

B        lemau

C        rapuh

D        hangit

78   Nasir kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai.

A        kesat

B        basah

C        comot

D        compang

79   Puan Azura merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup .

A       kuat

B       patuh

C       cekal

D       berani

80     Hazwani berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ditolak .

A        kesian

B        hampa

C        hancur

D        resah


.

Untuk Jawapan  : Jawapan Latihan)
.

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF (3)

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF (3)

Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.


41   Seluar itu tidak ____________ untuk abang kerana pinggangnya besar.

A       masuk

B       muat

C       muak

D       mual

42   Dia berazam untuk______________badannya seperti dua tahun lalu.

A       menjadikan

B       mengecilkan

C       mengecutkan

D       menguruskan

43   Kucing hitam itu mencuri ikan yang_____________digoreng oleh kakak.

A       baru

B       lama

C       segar

D       layu

44   Ayah sedang mengasah parang yang_______________itu

A       tumpul

B       tajam

C       tebal

D       nipis

45   Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia____________bercakap.

A       laju

B       petah

C       bising

D       pandai

46   Wajah Azril____________apabila disindir oleh rakan-rakannya.

A       masam

B       masin

C       manis

D       manja

47   Hujan___________telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh.

A       kuat

B       lebat

C       hebat

D       renyai

48   Kereta itu terbabas kerana dipandu terlalu______________.

A                 laju

B                 tajam

C                 cepat

D                 lambat

49   Pemerintah negara itu sangat_______________kerana telah menindas rakyatnya.

A                 baik

B                 keras

C                 kejam

D                 waras

50   Encik Haziq memandu van_____________nya itu dengan berhati-hati.

A                 kecil

B                 baharu

C                 usang

D                 elok

51   Air kopi itu ________ kerana langsung tidak dimasukkan gula.

A                  pahit

B                  masin

C                  manis

D                  masam

52      Lalu-lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi.

A                  tegang

B                  gelap

C                  pulih

D                  pilu

53     Anak Encik Nazri yang berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan komputer.

A                  geliga

B                  cekap

C                  petah

D                  fasih

54   Rasa pisang muda amat ________ kerana masih mengandungi banyak getah.

A       kelat

B       pahit

C       manis

D       masam

55   Zurina berasa takut apabila tinggal di dalam bilik yang ________ itu.

A        senyap

B        sunyi

C        diam

D        riuh

56   Perut ikan buntal yang _______ itu menarik perhatian saya .

A       lebar

B       buncit

C       sendat

D       runcing

57   Pokok kelapa yang __________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam.

A       luas

B       tinggi

C       rimbun

D       panjang

59   Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat __________ selepas hari hujan.

A       laju

B       rata

C       licin

D       lekuk

60   Kamus dwibahasa edisi baharu yang __________ itu berharga RM45.00 sahaja.

A       nipis

B       tebal

C       berkilat

D       berwarna


.
Untuk Jawapan :  Jawapan Latihan

.