Novel Darah Titik Di Semantan : Tema dan Persoalan

Tema

Novel ini bertemakan semangat Patriotisme. Datuk Bahaman dan orang-orangnya telah berjuang menentang Inggeris.

Persoalan

1. Kegigihan
Contoh :
Mat Lela dan Datuk Panglima Raja gigih mengajar ilmu silat kepada para perajurit Semantan.

2. Kecekalan
Contoh :
Datuk Bahaman cekal menghadapi cabaran dan dugaan sewaktu ancaman Inggeris.

3. Keberanian
Contoh :
Mat Lela yang berusia 20 an berani menghadapi ancaman musuh yang menapak di bumi Semantan.

.



NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN – Watak dan Perwatakan

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN – Watak dan Perwatakan

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Lili

1.         Pelajar sekolah menengah.

2.         Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya.

3.         Berpura-pura menjaga hati ibunya.

4.         Seorang yang rajin membaca - rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan.

5.         Seorang yang taat akan ibu bapa - Akur cakap orang ibu bapanya walaupun agak keberatan untuk pulang ke kampung datuknya.

6.         Seorang yang suka berkawan dan peramah – dalam masa yang singkat sahaja Lili telah menjadi kawan rapat Geetha dan Danel.

7.         Seorang yang cepat bersimpati dengan orang lain – Walaupun dikurung oleh Haziq dan Rafiq tetapi Lili cuba membantu mereka.

8.         Seorang yang prihatin - meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.

9.         Seorang yang mudah mesra - Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.


Watak Sampingan

Datuk (Haji Abdul Rahman)

1.            Pakar akar kayu dan ubat tradisional.

2.            Berumur 70 tahun.

3.            Seorang yang penyayang – menyayangi Lili dan ibunya.

4.            Seorang pengamal perubatan tradisional - menjadi sumber rujukan masalah kesihatan penduduk kampung.

5.            Seorang yang berpengetahuan luas dalam perubatan tradisional - berjaya menyembuhkan Letchumi daripada sakit teruk dengan herba yang dibuat oleh datuk.

6.            Seorang yang penyabar -  datuk sabar dengan tuduhan orang kampung yang mengaitkannya dengan pemaju yang ingin membeli tanah orang kampung.

7.            Seorang yang rajin beribadat, solat, zikir dengan tasbih.

8.            Seorang yang rajin membaca kitab

9.            Seorang yang menghormati tetamu – melayani tetamu yang datang ke rumahnya dengan sopan.


Danel

1.         Anak kepada William.

2.         Seorang yang pandai berhujah - berhujah dengan berhemah supaya datuk tidak berkecil hati.

3.         Seorang yang baik hati – sering membawa buah tangan setiap kali bertandang ke rumah datuk.

4.         Akrab dengan datuk.

5.         Seorang yang suka menulis - menulis artikel tentang buah pisang di Tenom Sabah

6.         Seorang yang rajin - sering membantu nenek memasak

7.         Memasak menggunakan pisang

8.         Seorang yang berani - membantu menyelamatkan Lili yang diculik.


Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)

1.         Kurang yakin dengan ubat tradisional yang datuk sediakan.

2.         Isteri kepada datuk.

3.         Seorang yang mempercayai pantang larang (terbalikkan semua cermin untuk terbalikkan mata kilat).

4.         Seorang yang taat akan perintah Allah – nenek segera bersolat apabila masuk waktu.

5.         Seorang yang penyabar – sabar dengan kerenah orang kampung yang menuduh datuk melindungi anak-anak Che Jah.

6.         Seorang yang pandai memasak dan masakannya sering dipuji oleh Danel.

Geetha

1.         Kenalan Lili dalam bas sewaktu pulang ke Terengganu

2.         Seorang yang bijak - siswa tahun pertama jurusan Kejuruteraan Awam Universiti Malaya.

3.         Anak Letchumi yang mempunyai kedai runcit dan sembuh selepas makan ubat tradisional yang disediakan oleh datuk.

4.         Seorang yang aktif dan meminati aktiviti lasak – menyertai aktiviti mendaki gunung, merunut hutan dan eksplorasi gua sejak bangku sekolah lagi.

5.         Seorang yang peramah dan mudah mesra - menjadi akrab dengan Lili walaupun baru berkenalan.

6.         Seorang yang menepati janji – menepati janji dengan membawa Lili melihat matahari terbit di jeti.

7.         Seorang yang rajin – membantu nenek memasak di dapur.

.

NOVEL DI SEBALIK DINARA : Watak dan Perwatakan

NOVEL DI SEBALIK DINARA : Watak dan Perwatakan
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Farisha
o    Anak kepada Karl dan Merilyn/Medina.
o    Anak angkat kepada keluarga Azraai.
o    Berusia 26 tahun dan jurutera keselamatan sistem teknologi maklumat.
o    Telah ditanam mikrocip oleh bapanya, Karl.
o    Sahabat karib kepada Shida dan Rosman.
o    Matanya berwarna coklat muda, wajahnya cantik dan bersopan santun.
o    Bijak selok belok berkaitan sistem maklumat komputer.
o    Berminat dan menyukai dengan perwatakan Aqram
                                                                                         
Watak sampingan
1.     Karl
  • Seorang lelaki berbangsa Inggeris dan berkahwin dengan Marilyn atau Medina.
  • Ayah kepada Farisha.
  • Memukul Rosmina (isterinya) sehingga cacat dan bertukar menjadi robot.
  • Membangunkan Dinara.
  • Memasukkan mikrocip ke dalam badan anaknya Farisha ketika baru lahir.
  • Pernah menerima anugerah Inovasi Teknologi Maklumat Peringkat Kebangsaan.
  • Penyelidik dan pencipta sistem Dinara.
  • Terlantar sakit barah dan akhirnya meninggal dunia. Tetapi pemikiran Karl berada dalam pemikiran Shida, walaupun telah meninggal dunia.
2.   Aqram
  • Seorang pemuda yang kacak diminati oleh Farisha.
  • Bertugas di Soft Lab mengendalikan Dinara.
  • Sahabat baik kepada Dr. Maxi dan Khairul Anwar.
  • Sering menjejaki Farisha.
  • Sebuah cyborg.
  • Bertanggungjawab menjelaskan tentang masalah Dinara kepada Farisha.
  • Memberi maklumat bahawa penggodam Dinara mempunyai dendam peribadi.
  • Orang berpengaruh dalam Dinara, juga orang kuat Karl.
  • Memiliki pen penetrator yang dapat mengesan pemikiran Farisha.
3.   Shida
  • Teman serumah Farisha dan merupakan kawan akrab.
  • Ditawarkan bekerja dalam arkib yang terletak di Soft Lab dan sering berurusan dengan Khairul Anwar.
  • Berjaya mengesan seorang yang bernama Medina bertugas di Soft Lab yang tidak dapat dikesan.
  • Pengganti fizikal kepada Farisha setelah Farisha tidak Berjaya untuk dijadikan uji kaji di Soft Lab.
  • Pemikiran Karl akhirnya kekal dalam fizikal Shida.
4.   Dr. Maxi
  • Bertanggungjawab mengurus Dinara dan bertugas sebagai penyelidik.
  • Mengarahkan Alia (Rosmina) memasukkan mikrocip dan mempengaruhi pemikiran Farisha dan Shida.
  • Seorang pakar dalam sistem Dinara berkaitan teknologi maklumat.
  • Menawarkan Farisha bertugas di Dinara dengan tawaran RM1.5 juta.


.

Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

            Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.  Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya.  Hal ini  menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak.  Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan  hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.

            Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam.  Sahabat karibnya Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil  jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA.  Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Hakim mula menyedari bahawa dirinya  telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa.

TEMA

Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

PERSOALAN

1.      Persoalan keberanian menuntut hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.

2.    Persoalan memahami selok-belok bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.

3.      Persoalan ketaatan terhadap pemerintah. Sebagai contoh Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.

4.    Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh, syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.

TEKNIK PLOT

1.        Pemerian
Pengarang menggambarkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk membina reban ayam tertutup. Sebagai contoh dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkat untuk menambak kawasan yang memang rendah dan berair itu.

2.        Dialog  - “Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam

3.       Imbas muka - Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial.”

4.       Imbas kembali  -  “Kau ingat kan , tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah.”

5.       Kejutan  - Nilai jualan dari rebanku ialah lapan puluh lima ribu ringgit. Tetapi akhirnya hanya tiga belas ribu sahaja yang masuk ke kantungku. Tujuh puluh dua ribu adalah untuk RAJA kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari tiga belas ribu itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, membayar bil elektrik dan bil air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain.

WATAK DAN PERWATAKAN

1.         Hakim

·         Anak kepada Hassan dan cucu kepada Kaduk.
·         Seorang yang berani memperjuangkan hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
·         Seorang yang gigih menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.
·         Seorang yang tabah menghadapi masalah. Sebagai contoh Hakim tabah mengharungi cabaran akibat kegagalannya dalam bidang keusahawanan.
·         Seorang yang rajin menuntut ilmu.  Sebagai contoh Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

2.        Azam

·         Sahabat baik Hakim semasa di universiti.
·         Seorang yang suka membantu orang lain.  Sebagai contoh Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya dalam kes tuntutan tanah milik datuknya.
·         Seorang yang rajin menuntut ilmu.  Sebagai contoh walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang undang-undang namun dia sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar negara untuk menambah pengetahuannya.
·         Seorang yang prihatin. Sebagai contoh Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam usaha penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu.

3.         Kaduk

·         Datuk kepada Hakim dan ayah kepada Hassan.
·         Seorang yang suka bersabung ayam. Sebagai contoh Kaduk bersabung ayam dengan raja.
·         Seorang yang mentaati raja. Sebagai contoh Kaduk sanggup menyerahkan ayam Kunani apabila diminta oleh raja.

4.         Raja

·         Seorang yang suka bersabung ayam.  Sebagai contoh raja bersabung ayam dengan Kaduk.
·         Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.  Sebagai contoh raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk memenangi pertandingan itu.

LATAR

Latar masa

1.         Zaman lampau. Sebagai contoh Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam raja.

2.         Zaman selepas merdeka. Sebagai contoh Hakim didedahkan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru terhadap projek penternakan ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.

3.         Dalam masa setahun.  Sebagai contoh Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia menjalankan penternakan ayamnya.

Latar tempat

1.         Mahkamah. Sebagai contoh kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya dijalankan di mahkamah.

2.         Tanah Kaduk. Sebagai contoh Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah Kaduk.

3.         Kampung. Sebagai contoh penduduk kampung mendakwa lori-lori Hakim telah merosakkan jalan kampung mereka.

4.         Universiti. Sebagai contoh Hakim dan Azam melanjutkan pelajaran di university yang sama.

Latar masyarakat

1.         Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawanan. Sebagai contoh para menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawanan melalui pertanian yang mengeluarkan lebih banyak makanan.

2.         Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekeliling. Sebagai contoh penduduk kampung merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat dilalui oleh lori-lori Hakim.

3.         Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezeki. Sebagai contoh Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya.

4.         Masyarakat yang mengamalkan sistem feudal. Sebagai contoh wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat Kaduk.

GAYA BAHASA

1.         Sinkope - kau, ku

2.         Pengulangan kata - Sebagai contohnya: Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa.

3.         Kata ganda - Sebagai contohnya: bangunan-bangunan, sama-sama dan tanah-tanah.

4.         Bahasa Arab - Sebagai contoh: Assalamualaikum, Alhamdulillah
Bahasa Inggeris - Sebagai contoh Global Chicken

5.         Simile - Sebagai contoh : Bank akan merampas tanahku tak ubah seperti raja merampas tanah datuk ku dahulu.

6.         Personifikasi. Sebagai contoh; Setiap musim syarikat payung akan mengatur lori-lori untuk mengangkut ayam-ayam yang sudah besar.

NILAI

1.         Nilai keadilan. Sebagai contoh hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah ditipu.

2.         Nilai keberanian. Sebagai contoh hakim berani menceburi bidang keusahawanan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

3.         Nilai kegigihan. Sebagai contoh Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa menanggung hutang yang banyak.

4.         Nilai keprihatinan. Sebagai contoh Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum dia berangkat ke luar negara untuk berkursus.

5.         Nilai tolong-menolong. Sebagai contoh Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan hak tanah seluas empat ekar  milik datuk Hakim.

PENGAJARAN

1.         Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain.  Sebagai contoh Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.

2.         Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelum bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.

3.         Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaan. Sebagai contoh hakim berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya dengan menjalankan penternakan ayam untuk dijual.

4.         Kita hendaklah menolong  golongan yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh Azam membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik tanah datuk Hakim.

5.         Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah.  Sebagai contoh Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.


.

A Fire

A Fire

It was twilight time. I was watching television in my house when I heard an explosion. More followed. So I went outside to see what the matter was.

A column of dark billowing smoke told me the story. There was a fire raging a short distance away.

I got onto my bicycle and pedalled in the direction of the smoke. A couple of kilometres later I came upon the fire. It was a row of motor-workshops and they were burning furiously.

The police and fire department had already cordoned off the area. I watched from a distance. A crowd had already gathered and we gaped with amazement at the spectacle presented by the burning shops.

The fire rose to about twenty metres and it lit up the whole area even though the sky was already dark. The firemen desperately sprayed streams of water into the fire to control it. Now and then explosions can be heard as gas cylinders blew up in the intense heat.

For more than an hour the fire raged. I could see anxious people trying to get near the workshops only to be held back by the police. They were obviously the shop-owners trying to save their shops. Actually they could do nothing but wait for the fire to be extinguished.


Finally the blaze died down and darkness enveloped us. The workshops were totally razed. Only red-hot embers remained where they once stood. The crowd thinned and I too got onto my bicycle and cycled home.

.