Usaha-Usaha Untuk
Melahirkan Masyarakat Penyayang
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak
lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di
persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai
permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
Justeru, masalah sosial yang kian meruncing kini dapat dicegah jika kita
berusaha membentuk sebuah masyarakat penyayang. Masyarakat penyayang merupakan
masyarakat yang salingmemerlukan antara satu sama lain tidak kira umur, bangsa
dan agama. Oleh itu, terdapat beberapa usaha yang telah dilaksanakan bagi
melahirkan masyarakat penyayang di negara kita.
Antaranya, sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin, kita haruslah menunjukkan perasaan simpati dan belas kasihan terhadap
golongan yang hidup dalam serba kekurangan seperti golongan kurang upaya. Hal
ini demikian kerana mereka tidak akan berasa tersisih oleh masyarakat bahkan
mereka akan berasa lebih dihargai. Misalnya, kita membantu golongan kurang
upaya ini dengan memberikan sumbangan dari segi kewangan, tempat tinggal, atau
pendidikan. Bak kata peribahasa Melayu, “ berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing “. Dengan berbuat demikian, kita akan dihormati dan kehidupan kita
akan lebih diberkati kerana tidak bersikap kedekut dalam menyumbangkan harta
yang dimiliki.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan
bahawa keluarga bahagia juga dapat membentuk masyarakat penyayang. Ini
disebabkan sikapahli keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama
lain. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak sejak kecil
lagi. Hal ini sama dengan peribahasa, “ melentur buluh biarlah dari rebungya “.
Contohnya, ibu bapa haruslah bersikap terbuka dan bersedia mendengar segala
masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Jelaslah bahawa sikap ibu bapa yang
sebegini mampu mencegah anak-anak mereka terlibat dalam gejala yang tidak
sihat.
Seterusnya, pihak kerajaan juga memainkan
peranan penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Ini menggambarkan bahawa
pihak kerajaan perlu peka akan situasi ini dan mengambil tindakan bagi
melahirkan masyarakat penyayang. Misalnya, menganjurkan ‘Kempen Masyarakat
Penyayang’ di tempat-tempat yang sesuai agar ramai yang menyertai kempen
tersebut. Dengan itu, usaha kerajaan pasti tidak sia-sia malahan dapat
melahirkan kelompok masyarakat penyayang dalam kuantiti yang sangat
membanggakan.
Demi
merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama membimbing
golongan masyarakat yang sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk
menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga untuk memajukan negara dan
menjaga kedaulatan negara. Seyogia diharapkan golongan masyarakat akan
memandang serius akan segala perubahan yang berlaku dalam usaha melahirkan
masyarakat penyayang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,“ kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya “. Oleh itu, semua pihak haruslah
berganding bahu melahirkan masyarakat penyayang agar Wawasan 1 Malaysia dapat
direalisasikan seperti yang dijanjikan.
.