Latihan Kata Adjektif
1 Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu.
A sedih
B hairan
C terkejut
D gembira
2 "Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya," kata Ghani.
A lazat
B busuk
C kelat
D harum
3 Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.
A pantas
B cepat
C deras
D kencang
4 Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.
A teliti
B lemah
C sopan
D lembut
5 Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.
A baru
B antik
C retak
D runtuh
6 Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.
A sibuk
B damai
C serabut
D gembira
7 Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________
A hapak
B tengik
C hamis
D haring
8 Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.
A tertib
B gopoh
C pantas
D cermat
9 Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.
A pilu
B gusar
C geram
D marah
10 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.
A kelajuan
B kelalaian
C keberanian
D kesibukan