..

Novel Darah Titik Di Semantan : Sinopsis Bab 1 → Bab 4

Bab 1 (Cemas)

Menceritakan empat orang sahabat iaitu Aku, Samad, Rahman dan Awang Muhamad telah menyedari perubahan sikap Datuk Bahaman sejak pulang dari pulau tawar. Sikapnya suka memencilkan diri dan sering termenung sendiri. Perubahan ini telah disedari oleh ‘aku’. Pelbagai andaian telah dibuat oleh mereka berempat terhadap perubahan sikap Datuk Bahaman dan yang paling memahami perubahan sikap Datuk Bahaman ialah Rahman kerana pernah bekerja sebagai jurutulis pelatih kepada Datuk Bahaman.

      Pada suatu hari, Datuk Bahaman telah mengumpulkan orang ramai di masjid. Turut hadir ialah Mat Lela, Datuk Panglima Raja Awang Ishak, Iman Perang Weh. Datuk Bahaman telah memberi amanat  penting tentang kemaraan British. Datuk Bahaman juga meminta penduduk  bersedia sebelum melawan Inggeris.

      Setelah selesai mereka berkumpul di masjid ‘aku’, Samad, Rahman, dan Awang Muhamad telah sepakat untuk membuat kubu di pangkal  Merbau Berdarah di tebing Lubuk Sengarat. Semasa mereka sedang membina kubu tiba-tiba Mak Long Esah berlari dalam ketakutan. Mak Long Esah mengatakan Inggeris akan sampai ke Lubuk Terua dan meminta supaya disampaikan berita itu kepada Datuk Bahaman yang masih berada di masjid.

Bab 2 (Lubuk Terua Tergugat)

‘Aku’ menyedari Inggeris telah menceroboh Semantan dengan melihat mereka membina kubu panjang ditepi tebing sungai. Datuk Panglima Raja sangat marah dengan tindakan Inggeris itu. Pak Long Abas meminta izin untuk mengamuk tetapi dihalang oleh Datuk Bahaman. Datuk Bahaman menyatakan mereka akan melawan Inggeris tetapi mengikut perancangan. Datuk Bahaman juga memuji tindakan ‘aku’ dan rakan-rakan membina kubu di tebing Lubuk Sengarat kerana cukup sesuai.

Bab 3 (Mencari Penyelesaian)

Dua minggu  selepas Inggeris membina rumah pasung, ‘aku’ dan samad pergi ke kubu mereka di lubuk Sengarat hanya Rahman tidak dapat ikut serta kerana telah mengikut ayahnya ke Johor. Pelbagai andaian dibuat atas pemergian Datuk Bahaman ke Johor. Datuk Bahaman pergi ke Johor mengikut jalan sungai yang lebih selamat.

      Ketiadaan Rahman, ‘aku’ dan rakan-rakan telah menukarkan cara berkawal. Mereka telah bersetuju untuk meronda secara bersama-sama untuk mengelakkan daripada ditangkap. Mereka juga meronda ke Mempatih untuk melihat persiapan disana.

      Pada tengah hari, mereka terserempak dengan beberapa buah perahu Inggeris. Mereka berniat untuk menyerang perahu Inggeris tersebut tetapi telah membatalkan niat tersebut kerana memikirkan Datuk Bahaman tiada di Semantan.

Bab 4 (Budi Kepadatan)

Seperti biasa ‘aku’, Samat dan Awang Muhamad meninjau sekitar kampung. Mereka telah pergi ke mempatih dan melihat pemuda-pemuda Melayu berlatih membaling bambu runcing dan belajar bersilat dengan Abang Lajis.

‘Aku’ diberitahu oleh dua orang pemuda Melayu Melayu yang tidak dikenali pergi hilir. Apabila sampai disana, mereka menyelamatkan Kak Minah iaitu isteri Lajis yang diganggu oleh pemuda yang tidak dikenali. Mereka sebenarnya ialah pembanci yang diupah oleh Tuan Owen (Inggeris). Pada masa yang sama, Datuk Bahaman muncul dan meminta tali barut Inggeris itu pulang kepangkuan Inggeris. Beliau juga mengingatkan kepada pemuda tersebut bahawa dia masih berkuasa di Semantan.

.

.