NOVEL DI SEBALIK DINARA : Tema dan Persoalan
TEMA
Penggunaan teknologi maklumat yang begitu
canggih boleh menguasai pemikiran manusia sehingga hilang rasa kemanusiaan
walaupun dalam kalangan ahli keluarga sendiri.
PERSOALAN
1.
Hubungan kekeluargaan hancur akibat mengejar kemajuan teknologi maklumat
sehingga sanggup
mengeksploitasi anak demi kepentingan visi dan misi seorang bapa.
2.
Hubungan kemanusiaan musnah akibat kerakusan mengejar kecanggihan sistem
teknologi maklumat.
3.
Kemusnahan rumah tangga akibat tindakan suami atau bapa yang mementingkan
teknologi maklumat.
4.
Hubungan kasih sayang antara manusia walaupun bukan dari darah daging sendiri.
.