Mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman menentang
penjajahan Inggeris di Semantan. Perjuangan Datuk Bahaman turut dibantu oleh
Datuk Panglima Raja Awang Ishak, Imam Perang Weh dan Mat Lela. Mereka merupakan
pahlawan-pahlawan yang sering bersama Datuk Bahaman di Semantan.
Disamping itu, Mat
Kilau dan Tok Gajah juga adalah penggerak kebangkitan rakyat Pahang menentang
Inggeris. Kemunculan Tuan Owen, Desborough dan Rodge adalah watak-watak
penjajah yang sering menggugat keamanan bumi Semantan.
Perjuangan
mengembalikan kedaulatan bangsa pasti akan nada cabaran dan dugaan. Ada
kalangan yang menangguk di air yang keruh, menjadi talam dua muka, mengkianati
bangsa sendiri demi kepentingan peribadi. Hal ini menjadikan perjuangan menjadi
semakin sukar.
Pihak Inggeris
mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan apa yang dimahukan. Termasuklah
sanggup menggugut sultan untuk mencapai apa yang dihajati oleh mereka.
Penglibatan sultan menimbulkan rasa serba salah buat penggerak kebangkitan
rakyat, Datuk Bahaman. Perjuangan yang bersejarah ini akan meninggalkan kesan
yang nyata untuk seluruh generasi yang akan datang.