..

Novel Darah Titik Di Semantan : Sinopsis Bab 5 → Bab 8

Bab 5 (Inggeris Mencabar Lagi)

 Menceritakan situasi semakin genting apabila orang Inggeris yang di ketuai oleh Syres sering datang ke Lubuk Terua. Kedatangan Syres telah mengundang persoalan pada ‘Aku’, Samad, Rahman dan Awang Muhamad. Lajis menjelaskan Datuk Bahaman telah membuat perancangan untuk membuat bengkel membuat senapang dan segala bahan telah diatur dengn teliti. Lajis juga telah ditugaskan sebagai pengintip di Kuala Semantan untuk mengawasi gerak-geri Inggeris.

Bab 6 (Kedatangan Mat Kilau)

Penduduk Semantan berkumpul di masjid untuk bacaan Yassin dan solat Mahgrib. Semasa berkumpul mereka telah didatangi oleh Mat Kilau. Mat Kilau diutuskan oleh ayahandanya untuk menyampaikan hasil mesyuarat antara Clifford dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar. Datuk Bahaman tidak dijemput ke mesyuarat itu.

Mat Kilau menyatakan Syres mengadu kepada sultan yang Datuk Bahaman tidak memberi kerjasama untuk membina rumah pasung. Selain itu, sultan dipaksa membuat membuat pengisytiharan yang Datuk Bahaman telah menderhaka. Sultan telah diingat untuk membuat pengisytiharan dan segala pangkat dan kuasa Datuk Bahaman telah ditarik balik. Keadaan ini telah membuatkan Datuk Bahaman semakin rasa tercabar.  

Bab 7 (Retak Menanti Belah)

Kehilangan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail sewaktu mengail ikan di sungai Semantan telah mengundang pelbagai persoalan. Kedatangan Lajis telah menjawab persoalan akan kehilangan mereka. Rupa-rupanya mereka telah ditangkap oleh Inggeris kerana tidak mempunyai surat kebenaran untuk membawa rotan.

      Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Iman Perang Weh telah mengetuai usaha pembebasan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail. Akhirnya mereka Berjaya dibebaskan dan Datuk Bahaman mengerti tindakannya akan menyebabkan Inggeris memburunya nanti.

Bab 8 (Darah Titik di Semantan)

Persiapan untuk membuat senjata telah dilakukan oleh Datuk Bahaman dan anak buahnya. Mereka telah menjual rotan manau di Batu Hampar bagi mendapat sumber kewangan untuk membayar besi laras senapang dan ubat bedil dari saudagar singapura.

   Telah berlaku kejadian Pak Long Abas dan Ismail telah ditahan oleh Desborough semasa membawa rotan untuk dijual tanpa surat kebenaran. Desborough telah menyatakan akan menangkap dan membunuh Datuk Bahaman. Mereka telah di tembak oleh orang-orang Desborough. Hanya Pak Long Abas Berjaya menyelamatkan diri dan telah melarikan diri ke rumah Datuk Bahaman untuk memberitahu kejadian tersebut. Kesan daripada kejadian tersebut Datuk Panglima Raja,Iman Perang Weh dan penduduk semantan telah menjadi semakin bersemangat untuk menentang Inggeris ke titisan darah terakhir dan sentiasa menyokong Datuk Bahaman. Datuk Bahaman telah mengingatkan anak buah bersiap sedia untuk menentang Inggeris apabila mereka tiba di Lubuk Terua.