..

Latihan Kata Adjektif

Latihan Kata Adjektif

1 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.
A pilu
B mahu
C cemas
D gembira

2 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________
A tinggi
B besar
C kontot
D panjang

3 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing

4 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
A serak
B garau
C merdu
D nyaring

5 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang
walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
A sombong
B senang
C ramah
D kasar

6 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.
A kegelapan
B kedinginan
C kemalapan
D kepanasan

7 Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
A bengkok
B bengkak
C botak
D lekuk

8 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
A lengang
B senyap
C muram
D suram

9 Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.
A pedas
B lebam
C pedih
D panas


10 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.
A luas
B sempit
C senang
D besar