Bab
9 (Ada Ubi Ada Batas)
Menceritakan kesediaan dan perancangan Datuk Bahaman dan
orang-orangnya untuk menghadapi pihak Inggeris yang akan menyerang Semantan.
Datuk Bahaman telah merentangi sungai Semantan di Lubuk Sengarat dengan seutas
rantai besi sebesar ibu jari bagi menhalang kemaraan Inggeris.
Datuk Bahaman juga telah mengarahkan Tuk
Muda Bidin dan Imam Perang Weh mengumpul kekuatan untuk mengepung balai polis
serta mata-mata sikh di rumah pasung. Perintah Datuk Bahaman lagi agar merampas
senjata seperti senapang kopak, peluru atau ubat bedil yang boleh digunakan
untuk menentang mata-mata Sikh yang lain. Secara tidak langsung Datuk Bahaman
telah mengistiharkan perang terhadap Inggeris.
Lajis datang ke kubu untuk
memberitahu bahawa dia mendapat tahu Desborough dengan lima puluh orang
mata-mata Sikh sedang berkayuh di hilir sungai Semantan. Lajis turut menyatakan
dia melihat Desborough turut membawa mayat Ismail menuju ke kubu untuk
menangkap Datuk Bahaman sama ada hidup atau mati.
Menjelang senja pihak Inggeris telah tiba di hilir lubuk untuk menyerang Datuk
Bahaman. Apabila perahu Desborough dan perahu yang lain tiba di kawasan
rantai Datuk Bahaman telah merentap rantai itu sehingga perahu Desborough dan
perahu lain terbalik. Seterusnya Datuk Bahaman telah menyerang Desborough dan
mengarahkan orang-orangnya untuk menghapuskan semua mata-mata Sikh sehingga
mereka memperolehi kemenangan.
Bab 10 (Inggeris Mesti Dikalahkan)
Malam itu, Datuk Bahaman membuat satu mesyuarat. Beliau
mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh memimpin enam puluh orang
menyerang Bentung dengan mengepung pusat kawalan lombong Inggeris. Beliau pula
akan ke Temerloh bersama Datuk Panglima Raja dan Mat Lela untuk mengambil mayat
Ismail. Mayat Ismail akan dikebumikan di Semantan.
Selain itu, Datuk Bahaman mahukan
pertolongan Hassan Tahmid untuk menguatkan semangat para pahlawan dan
mengumpulkan derma. Beliau juga menyampaikan pesan kepada Tuk Selampit, batin
orang Asli supaya sama-sama berjuang kerana mereka pandai menyumpit.
Mereka juga bergerak ke hilir sungai Semantan melalui Batu
Hampar dan Pasir Rawa. Datuk Bahaman dan Mat Lela memimpin pasukannya mengepung
rumah pasung dan membunuh mata-mata Sikh yang berada di situ. Setelah selesai ,
mereka berehat di tanjung yang memisahkan sungai Semantan dengan sungai Pahang.
Perang akan meletus bila-bila masa sahaja.
Bab 11 (Desborough Datang Lagi)
Tengah hari itu, dua pasukan dibentuk. Satu pasukan diketuai
oleh Datuk Bahaman dan satu lagi pasukan diketuai oleh Datuk Panglima Raja.
Setiap pasukan terdiri daripada 25 orang yang muda dan tahan lasak.
Datuk Panglima Raja mengarahkan
pasukannya meronda di luar kawasan Bandar Kuala Semantan. Apabila tiba di
sebuah bukit mereka terserempak dengan mata-mata Sikh dan berlakulah
pertempuran. Keesokannya, mereka menyambung perjalanan. Datuk Panglima Raja
mengarahkan pasukannya membuat helah untuk membunuh mata-mata Sikh. Mereka
membuat bubur ubi gadung yang beracun. Apabila pasukan mata-mata Sikh seramai
40 orang yang diketuai oleh Desborough tiba di kawasan tersebut dan mereka
makan bubur itu. Mereka mengalami kepanasan dan mabuk. Akhirnya mereka mati kelemasan
apabila mata-mata Sikh terjun ke sungai akibat kepanasan.
Setelah lima hari berada di kuala
Semantan mereka bertemu semula dengan pasukan Datuk Bahaman. Mereka mara ke
Lubuk Terua dengan perahu. Di sana, mereka disambut oleh Imam Perang Weh.
Perjuangan mereka semakin mendapat
sambutan. Rahman dan Hassan mendapatkan nama beratus-ratus pejuang. Tuk
Selampit juga datang untuk menyertai perjuangan mereka menentang Inggeris.
Keesokan harinya, mereka pergi ke kubur arwah Ismail untuk membuat sedikit
tahlil.
.