..

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN – Tema

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN – Tema 

TEMA

Tema novel ini ialah kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

Sepanjang berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu nasib atau berkongsi masalah. Sebaliknya, dia berusaha sedaya upaya menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang kental.

Peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, peristiwa tersebut menguatkan keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq dan Haziq, sekali gus cuba membantu mereka.

.

NOVEL DI SEBALIK DINARA : Tema dan Persoalan

NOVEL DI SEBALIK DINARA : Tema dan Persoalan
TEMA
 Penggunaan teknologi maklumat yang begitu canggih boleh menguasai pemikiran manusia sehingga hilang rasa kemanusiaan walaupun dalam kalangan ahli keluarga sendiri. 
PERSOALAN
1.         Hubungan kekeluargaan hancur akibat mengejar kemajuan teknologi maklumat sehingga sanggup mengeksploitasi anak demi kepentingan visi dan misi seorang bapa.
2.         Hubungan kemanusiaan musnah akibat kerakusan mengejar kecanggihan sistem teknologi maklumat.
3.         Kemusnahan rumah tangga akibat tindakan suami atau bapa yang mementingkan teknologi maklumat.
4.         Hubungan kasih sayang antara manusia walaupun bukan dari darah daging sendiri.
  

.