NOVEL DI SEBALIK DINARA : Latar Masa, Latar Masyarakat
Latar Masa
1. Subuh-
Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul
di Port Dickson untuk upacara itu.
2. Pagi – Ketika
jam sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi, bayang Rosman masih belum kelihatan.
3. Pagi – Farisha
sempat menaiki kereta api yang tiba pada pukul 8.40 pagi dan sampai ke Stesen
Bukit Nanas pukul 8.50 pagi.
4. Hari – “Mekanik
kata petang Ahad atau malam Isnin boleh siap,” jawab Rosman.
5. Malam – Atas
desakan Rosman, Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga,
selepas selesai sesi bengkel yang ketiga.
6. Petang –“Pukul
4.30 petang mungkin boleh. Saya bercadang hendak melihat keadaan Farisha
sekitar pukul 6.00 petang nanti,” Shida memberikan cadangan.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat
yang mementingkan ilmu pendidikan tinggi dan penggunaan teknologi maklumat yang
sangat meluas.
2. Masyarakat
bandar yang tinggal dan melibatkan satu kawasan yang luas dengan teknologi
maklumat.
3. Masyarakat
yang maju dalam bidang teknologi maklumat dan robotik.
4. Masyarakat
yang berlumba-lumba untuk mengejar dan menjayakan visi masing-masing berkaitan
dengan teknologi maya.
5. Orang
Inggeris yang berada dalam masyarakat Melayu dan cuba menggunakan orang-orang
tempatan sebagai bahan uji kaji.
.